Thursday, September 16, 2010

.::aurat::.


tadi baru tengok balik imam muda episod 5...tentang aurat.sgt buruk terasa diri ni..selalu berbangga dengan ilmu yang ada.tp susah sgt nak aplikasikan dlm kehidupan seharian..kita mengaku islam.tp amalan xikut pn apa yg Islam sarankan.kata sembahyang,tapi xmencegah pun dari melakukan dosa.baru2 ni da sakitkan hati abah..kekti mintak maaf sgt.walaupun kekti xtau apa puncanya,kekti mintak maaf...kata mengaji Quran,tp apa yg ada dalam Quran xtau apa pun.kononnya sekolah agama dulu,tp bila suruh berbahas semua guna pendapat logik sendiri..

berbalik pd episod imam muda td tu,diorg kupas isu aurat..isu aurat ni mmg sgt sensitif..ms sekolah dulu da diajar,aurat perempuan adalah seluruh badannya kecuali wajahnya dan 2tapak tangan shj...bukan dgn lelaki bukan muhrim je,sama la dengan kawan2 yang bukan Islam pn..

ramai org sekarang ni,pakai tudung da perasan kuat sgt imannya.bak kata sorg peserta imam muda tu,kita bukan menuup aurat,kita da banyak bungkus aurat..betul jugak tu..tp mereka yg pakai tudung ni lebih mudah untuk terima hidayah Allah,memperbaiki kelemahan diri,insyaAllah..malah ada antara kita yg kata:'walaupun sy xpakai tudung,tp hati sy baik"...=))ikikiki
apa punya ayat la nak defend diri sendiri...

dari sahabat, Saiyidina Ali r.a. berkata:
serendah2 ilmu adalah apa yang dikeluarkan oleh mulut,
dan setinggi ilmu adalah apa yang dizahirkan oleh anggota badan...

apa2 pun sy tau sy sendiri masih byk lagi kekurangan dan keburukan.harap2 masa yg free sekarang ni,dapat dimanfaatkan sepenuhnya..ameen..

Wednesday, September 15, 2010

.::kekuatan::.


askar yang bertarung dalam 100 kali peperangan dan berjaya menawan tentera lawan dalam kesemua peperangan adalah LEMAH..

kerana

askar yang KUAT DAN BIJAK adalah askar yang mampu menawan tentera lawan tanpa perlu berperang..

Thursday, September 9, 2010

.::aidilfitri 1431H::.


sebulan Ramadhan seronok sgt sebab kali ni dapat puasa kat umah.bukan sbb dapat makan sedap2 je.tp boleh grab semua kelebihan Ramadhan has offered.lucky me for having such a concerned umie and abah.start dgn subuh kt masjid, sunat tasbih dengan datin Bi Samihah,belajar masak tym nak berbuka n terawih dkat surau umah.10 mlm terakhir pulak,dpt buat tahajjud. alhamdulillah,lepas beberapa tahun xkhatam Quran,we finished it just in time.sedih kan jadi sy??huuhu..sy tulis kat cni supaya sy dapat kenang and insyaAllah continue the activities I done with my parents at home during Ramadhan 1431H.semoga amalan pada bulan Ramadhan tahun ni,boleh dikekalkan pada tahun2 yg akan dtg.ameen~

umie ngan abah ku syg~~

"maaf zahir batin".ayat ni dah jadi kebiasaan masyarakat Melayu kita bila menjelang hari Raya Aidilfitri.macam da jadi simbolik sgt,bila raya je,baru la semua nak mintak maaf bersungguh2.zahir dan batin.adakah maksudnye,ramai antara kita yg dengan sengajanya mengumpul 'salah' dari awal Dzulkaedah sampai tiba Syawal semula kan.then saling mohon maaf antara satu sama lain.ehee..bukan kita nak ambil kesempatan.cuma sebagai umat Islam,kita mesti/wajib memelihara silaturrahim antara sesama manusia.sy pun cuba mengingatkan diri sendiri.

firman Allah:
"Mereka itu akan ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka itu menyambung hubungan baik dengan Allah SWT dan hubungan baik dengan sesama manusia”.
(Surah Ali Imran:112)


Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim”
(HR. Muslim)

Daripada Abu Hurairah R.A. katanya,Rasulullah SAW bersabda:
"Demi diriku dalam kekuasaanNya, kamu tidak akan dapat masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam dikalangan kamu".
(HR. Muslim)

mungkin kita lebih mudah untuk memperoleh kemaafan dan memberi kemaafan pada hari raya ni k0t.maka,sy dengan rasa rendah dirinya, menyusun sepuluh jari menunduk ke bumi memohon ampun dan maaf dengan penuh keinsafan atas semua kekhilafan,kealpaan,perangai yg menyusahkan,kata2 yg menyakitkan & segala macam kesalahan lagi.

semoga siti Nursolihah bt Adnan beroleh rahmat dan dikurniakan hidayah dari Allah sbt supaya dapat menjadi hamba-Nya yang lebih baik dan bertaqwa.dilembutkan hatinya,dapat berbakti pada kedua org tuanya & selamat dunia akhirat...


p/s: terima kasih pada semua yg sudi mendoakan sy.semoga di hari yg baik,bulan baik ni,kita beroleh kemenangan.Swlamat Hari Raya Aidilfitri semua..