Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, August 26, 2010

.::tazkirah::.

Assalamualaikum semua..

almost 10hari sy xupdate post kat blog sy ni..terasa cam banyak gila benda yg nak dikongsi...(ayat biasa sang blogger bila da lama xbuat post baru..ehee)

the last post was about my experience 'berkebun' kat kampung...lpas sminggu Ramadhan,sy pun balik Kelantan,which means back to my parents' home sweet home..

selama kat kg,sy xpernah pergi terawih kat masjid..malas nak cerita kenapa.(^_^)v

since jejak je kaki kat kB,umie terus ajak g solat subuh kat masjid.memula ingat xseronok.sbb sy sgt memilih imam.kalu xberkenan tu,effect nya pd kualiti ibadat sy tu,sgt terjejas.alhamdulillah,kat masjid tu imam die best.dari qiraat bacaan die dahla sedap,xpanjang n xla pendek sgt ayat yg die bc.tp yg penting ayt yg die baca tu,sy blh la paham cket2 maksudnye n sgt masuk ke dlm ati pesanan die.

lpas solat,ada follow dgn tazkirah subuh.pertuturan die sgt fluent n jelas!xberulang2 n mudah difahami.

lpas da abes,ingatkan da blh smbung tidur.tp pkul 8.30 da gerak nak solat tasbih.solat ni diimami oleh sorg penceramah bebas, Datin Bi Samihah.umie cakap,die mmg follow datin ni dr tahun lpas lg.cuma this year,program die lbih aggressive.kalu dulu,die buat ujung minggu je.Ramadhan ni,die buat hari2 n ditempat yg berlainan.

stakat ni,sy da ikut 3x je baru..program die buat sgt best.sbb kita bukan pergi nak buat solat sunat tasbih je.mmg die akan selitkan dgn tazkirah,kisah2 nabi n para sahabat,akhlak,and macam2 lagi.macam pagi ni yg sy pergi,dia buat kat dalam dewan Teratai Kota Darulnaim.

kalau you all semua nak tau,Kota Darulnaim ni lebih kurang sama dgn kompleks kerajaan kt Jln Duta tu.cuma nya die punya kawasan much more compact.tp bangunan die masyaAllah,sgt cantik dgn ukiran seni Islam.dewan die blh muat 500org.tp td ada 200 org je sbb arini hari org bekerja..lepas sunat tasbih,kita baca yassin.nak tunggu buat sendiri,penat!!heheee..

kali ni program ni dianjurkan oleh Puspanita cwgn kB.diorg jemput sorg Syaikh,ahli Majlis Fatwa Negara Mesir & Kesatuan Eropah.ingt nak amek gmbor die td,tp cam segan sbb nmpk cm syok sendiri pulak nt..T_T
die ni bukan stakat blh ckp Melayu.siap fasih dgn slang kelantan.sgt kagum la dgn dia.die bincangkan topik "PERANAN WANITA BERKERJAYA DALAM MENJAGA INSTITUSI KEKELUARGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM"..

dia cakap xbanyak.tapi nak tulis semua yg dia ckp tu mustahil la kan.bg org2 yg berfikir,banyak sebenarnya pesanan dan peringatan yg Syaikh ni da bagi..antaranya:
- di belakang kejayaan seorang lelaki,pasti ada wanita.
- seorang ibu xmungkin melakukan sesuatu yg memudharatkan anak nya.
- menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang,xkira lelaki mahupun perempuan. dan setelah itu,hendaklah beramal dengannya.

orang kafir sering memandang wanita Islam sebagai makhluk yg xdapat memberikan manfaat.yelah,dalam Islam kan kata,suami keluar mend=cari rezeki,isteri duduk rumah jaga kperluan suami & anak2..
namun pada hakikatnya,mereka tidak sedar kepentingan menjaga keharmonian sesebuah institusi kekeluargaan.

namun ingtlah!!
hal dunia hendaklah seimbang dengan hal akhirat~

p/s:ni kira sinopsis n peringatan utk diri sendiri jugak...kalu xtulis,nanti lupa...renung2kan & selamat beramal!
(^_^)v

Thursday, August 12, 2010

.::jumpa harta karun!!::.


hari ni hari kedua puasa and hari kedua jugak bagi aku berkebun..adoi!!belum apa2,the whole tangan ngan badan aku sengal2..nak cakap made in kL,xjugak..

kalau semalam aku belajar me'r0peh' iaitu membersihkan tanah belakang umah tu dari segala macam daun2 kering,pokok menjalar dan lain2 (emm,pk lah sendiri.ehee)..arini aku belajar membuat batas sebab mak nak tanam kangkung,jagung ngan kacang bendi..mak aku buat sebelah n aku buat sebelah..mak boleh siapkan dalam masa sejam,aku buat 2jam..haha,err..dengan alasannya,I punye lagi panjang daripada mak punye..ehee..(panjang lebih sekaki je kot.padahal mmg lembab)..dah la rupa batas tu pelik..mak kata,kalau nk mencangkul tanah,ada caranya.biasanya org takik nipis2 n xdalam sgt..tp aku takuk tanah tu, 90degree..cane la xguna kudrat yang banyak..

lepas da siap tu,kitorg tanam la segala benda yang ada..walaupun penat,but I could draw a smile a while bila tgk balik tanah blkg umah tu..impossible thing had turned possible on me..and I did it well,yeah,well enough for a freshie like me..

but again..i lupa nak amek gambar..huhu..i try esok..

kat tengah2 kawasan aku bercucuk tanam tu,ada serumpun serai wangi..sgt serabut aku tgk..kalau dikira daun hijau ngan daun coklat yg da mati tu,aku rasa nisbah dia 1:2..macam semak da aku tgk..memula aku potong daun die ngan parang.tp buat pengetahuan sesiapa yg xtau macam aku,korg jgn cuba adegan ni tanpa memakai baju berlengan panjang sbb daun serai amatlah tajam..korg xkan rasa sakit memula tu.tp akan terasa la azab nye masa korg mandi..adoii!!!banyak gile calar...seb bek mak aku warning awal.kalu x,berbirat la tangan aku yang gebu ni.=))

nk dijadikan cerita,nenek aku yang kupanggil 'wan' ada cakap,kalau kita tebas serumpun serai wangi yang da tua (nak mamp0s.ehee),nasib baik,boleh jumpa intan..w0w!!terbeliak biji mata aku..err..semangat membara..walaupun aku xpercaya,tp ne tau..nasib baik,tejumpa,kaya..xyah susah2 aku g kije..berkebun la aku spanjang hayat.hehe,dasar pemalas!!

tebas2 punye tebas,err aku xtau la betul ke idak word yang aku guna ni betul ke x.tp,tu la yg aku buat.guna cangkul,tarik daun yg lebat tu..turn it down,cari akar.takik guna parang wan aku.simpan la yg mana blh guna..tp serious,wangi la bau serai tu..patut la nama die serai wangi..makcik aku kata,amek la simpan.rebus daun die.blh buat minyak wangi masa tunang..haha..jimat!!sape2 yg nak,jgn segan2 nak mintak ngan I ye..ada lagi ni..=))

last2,apa aku jumpa?cuba korg sume teka..
hampeh t0l...
tungguL kayu..pun da kering..aku rasa,abes semua nutrien die si serai tu amek..
apa lagi aku jumpa ye..
4ekor siput khinzir,2ekor anak katak,sekor yg rupa nya mcm cicak tp bukan cicak..
kaciwa sungguh!!

anyway,
its an experience for me to keep and learn..
k lah..gotta go for now..

p/s: sape2 yg rasa nk bg urutan percuma,silalah PM i ye...jasa anda didahulukan dengan ucapan terima kasih...ad0ii!!

Tuesday, August 10, 2010

.::satu Ramadhan::.

salam Ramadhan semua...

ini bukan lah kali pertama aku berpuasa di kampungku di Pahang.tp sebelum ni aku xdapat nak ingat sgt sbb aku still kecik (maksudnye masa aku sekolah rendah dulu)..since aku masuk asrama, matrix n masuk universiti ni,aku berpuasa bersama rakan2 dan hanya pulang untuk merayakan eidul-fitri beberapa hari sebelumnya..sangat membosankan kan??

beberapa hari yang lepas,aku telah menerima ijazah pertama aku yg diadakan 2 hari berturut2 iaitu - peringkat jabatan & fakulti di HUKM, Cheras pada 6/8/2010 dan peringkat universiti di kampus induk Bangi pada 7/8/2010..alhamdulillah,segala proses pengambilan skrol,transkrip dan gambar dapat diselesaikan sebelum aku pulang ke kampung untuk menyambut Ramadhan al-Mubarak bersama mak dan ayah..and xdilupakan bersama semua sepupu-sepapat ku dan wan..

hidup di kampung,fuh..sudah pun ku jangkakan..pagi2 lagi keringat ku dah dikerah..kami tinggal dirumah baru pak ngah.so,kwsn blkg rumah masih penuh dgn semak samun.dengan semangat yang baru,aku memegang cangkul dan pertama kali mendengar perkataan 'mer0peh'..ehee.aku pun xtau cane nk eja.kalu org Pahang tau kot cane nk pronounce benda ni.'mer0peh' ni maksudnye membersihkan tanah daripada segala anak2 pokok and rumput menjalar..nasib baik kawasan xluas mana..alhamdulillah,aku berjaya bersihkan n memasang pagar..in the next post,insya-Allah aku upload gambar kawasan blkg umah kami tu..

dalam perancangannya,mak nak tanam sayur kat situ..tgk lah mcm mana..harap2,dptla bantu aku turunkan berat badan aku..peluh yg keluar,jgn cakap lah..berbaldi2..ehee..

thanx Allah,kerana berikan aku kesempatan merasa kelainan di bulan yg mulia ni..semoga aku dapat bertadarus secara berterusan..masa kat uni dulu,try jugak buat,tp xpernah dapat habiskan 1 quran..asek sangkut je..yela kan,tym memalam tu,ade je aktiviti menjalar keluar,g bukak pose kat sane la,kat sini lah..mana nk sempat buat segala..balik2 da penat..huhu..sgt sedih..

anyway,apa2pun aku doakan semoga kita semua dapat menjalani ibadah berpuasa pada tahun ni dengan lebih taqwa n tawadhu'..lama aku tinggalkan ilmu agama,terasa sejuk bila refresh semula semuanya..alhamdulillah...tahun depan,bila aku da start kije,aku sendiri xtau aku sempat terawih penuh atau tidak.yela,kije shift ni kan xmenentu...=((

tgk lah hari2 yg setrusnya,aku akan cuba untuk upload post baru supaya aku sendiri dapat ingat and kenang saat2 yang best macam ni..jangan lupa bersahur & menjaga segala deria dr menjejaskan kesempurnaan ibadah puasa kita..
renung2kan dan selamat beramal!!

p/s: selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak aku ucapkan pada family aku (Umie,abah,mak,ayah,long,kakti,jojo,kak iela,amah,adik ain,mak sedara,pak sedara,sepupu2 semua) walau kat mana pun korg semua..pada Ahmad Syatila,semoga bulan yg mulia ni membawa perubahan yang lebih bermakna buat kita semua..