Thursday, February 11, 2010

.::penyelesaian::.

salam...

agak lama jugak dah xupdate cerita kat sini...nak kata busy, xlah sampai xada masa langsung sebab sempat je lagi nak main game wedding dash kan...ngeee..sebenarnye diri ni agak serabut sikit..terkejut dengan macam2 perkara berlaku diluar jangkaan (dah kata di luar jangkaan,memanglah terkejut)..anyway, semua tu ada hikmah nya, saya cuba terima seadanya dan percaya sesungguhnya xakan ada 1 perkara pun yang berlaku tanpa pengetahuan Allah s.w.t.

first of all, masalah research proposal yang xpernah nak surut..daripada awal lagi, da cuba buat yang terbaik..tapi ade je halangannya.mungkin tajuk yang di propose tu agak controversial utk masyarakat Malaysia. sebab tu lah ada pihak yang tak berapa nak setuju utk approvekan, cuba buat taktik kotor so kitorg xleh buat kajian on that particular issue...sorry lah,kali ni saya guna bahasa rojak k...yang peliknya, saya dgn partner xfaham kenapa proposal kitorg dihantar utk semakan oleh ethic committee di Fakulti Pengajian Islam, Bangi?? sedangkan dia hanya komen utk grammatical error??mmg ada komen2 yang lain,tapi tu semua dah di komen di peringkat secreteriat PPUKM. saya terima pendapat die, tapi ini dah menyusahkan kitorg yang terpaksa ke Bangi sendiri sedangkan group lain da siap beli token dan mula edarkan questionnaire...xsanggup nak tunggu proposal tu masuk secreteriat dan tunggu sampai hujung bulan baru sampai ke PPUKM. dangggggggg!!!!!

so,kitorg terpaksa resubmit semula and supervisor kitorg pun agak disappointed dengan cara org Malaysia buat kerja...kitorg g jumpa Prof Baha tadi and everything looks fine..cuma tunggu Prof Rohaizak balik dari umrah and another 1 yang sangat important but "busiest" person in the world untuk masuk office,and approve kan kitorg punya proposal.apa2 pun, at least da lega sikit..daripada serahkan pada secreteriat tapi bila follow up, menipu!!

2nd issue is, adik saya didiagnosekan dengan hyperthyroidsm...ia adalah satu penyakit yang melibatkan organ thyroid kita yang terletak di leher. secara ringkasnya, ia adalah tempat kilang penghasilan hormon yang mengawal kadar metabolisma badan dan kadar penghasilannya bertindak secara langsung dengan kesan ke atas badan. pesakit hyperthyroidism akan mengalami peningkatan yang dalam kadar metabolismanya yang menyebabkan penurunan berat badan yang mendadak sekaligus menyebabkan pesakit berasa cepat penat dan lesu walaupun sedang melakukan aktiviti ringan. selain itu, bacaan tekanan darah pesakit juga meningkat dan pesakit dapat merasakan degupan jantung yang sangat laju, yang mana mungkin menyebabkan pesakit merasa loya, pening dan hampir pitam.yang paling menyedihkan, pesakit akan menjadi seorang yang sangat sensitif daripada segi emosi.sesiapa yang tidak memahaminya akan menganggap pesakit seorang yang pemarah dan mudah tersinggung. semua ciri2 ini ada pada adik saya...

saya sangat tension dengan diri sendiri masa tu, sebab saya sebagai kakak, xmampu ada dekat dengannya utk menenangkannya. saya hanya mampu telefon bertanyakan perkembangan, tak pun di skype saje. nasib baiklah ada sorang hamba Allah ni yang selalu ada utk saya masa senang atau susah, menenangkan hati yang selalu menggelabah xtentu pasal bila ada masalah. ngeee... thanks!!!!now, she's on thyroid and HPT medications. hope she could well-accommodate with a few changes in and out her body... pity my little sister...i love you and please bear with me...i will do anything and i'm always there for you!!thank you abang,coz tolong teman tengok amah walaupun masa tu orang dah sakitkan ati abg..u're so kind...salute u!!

isu seterusnya apabila adik saya yang sorang lagi ni gave me a call in the middle of the night..da pagi kot,pukul 2.30am...nangis2 sambil mengadu kesakitan...korang bayangkanlah,apa perasaan kakak, bila dengar suara adik korg dalam fon macam tu,cakap nak jumpa???dah la saya ni memang seorang yang gelabah,kabut lah saya pada malam tersebut..tunggu punya tunggu,last2 xjadi jumpa sbb die xlarat nak drive dtg kat aku..aku pulak,xde transport nak g kat die...emmm..

esoknye,aku ngan 'hamba Allah' yang mulia ni,g Bangi jenguk adik aku tu...die gaduh ngan bf die,pastu main pukul2 pulak...adik aku tu da la kecik,siap la budak 'bertuah' tu...do not dare to even put your eyes on my sister...i warn YOU the most!!!i got something for u in future if i've heard of it again...

seterusnya, masalah dalaman saya sendiri...saya pun xfaham apa dah jadi ngan diri sendiri ni...sifat2 mazmumah seperti kebencian, kemenyampahan, kemeluatan, semua ada..selalu menguasai diri kebelakangan ni...kadang2 tu sampai xterbendung...sampai sakit ati, sakit kepala, sakit segala and then call abang suruh datang sebab nak nangis...ehee..apelah,betul kata sorang penulis blog yang saya pernah baca dulu..orang perempuan sekarang ramai yang berkerjaya dan mempunyai matlamat utk kumpul duit sebelum berkahwin.tp bila dah cukup, orang lelaki pulak nak yang muda. so,golongan perempuan seperti inilah yang digelar 'andartu'...tapi masalah nya sekarang, perempuan2 muda zaman sekarang ni,layak or bersedia dah ke memikul tanggungjawab berumah tangga??umur dah 25, tapi tidur malam, masih bertemankan anak patung teddy bear, hujung minggu bangun tengah hari,tu pun paling awal..bangun2 download lagu..pakai baju macam budak tadika...bila bersuara, asyik2 gosip...tu xsuruh masak ngan mengemas...bila da ada rupa tongkang,baru ada niat..da jadi tongkang,baru la nak buat..haisshhh!!saya ke salah sorg??andartu kah??xmawwwww!!!

abang salu ingatkan saya..dia kata, "kita ni da besar..banyak tanggungjawab dan hati yang nak dijaga..cuba bersederhana...kalau rasa susah,bertenang..cuba bawak berbincang.. tapi ingat,jangan sekali2 menyusahkan org lain!!kalau senang, jangan pernah ada terdetik dalam hati tu nak berbangga dengan menyebut2 kebaikan atau pun kejayaan diri pada tempat yang xsepatutnya sehingga merendah2 kan org lain..mana ada manusia yang mahukan org lain terlihatkan keburukan diri sendiri..."

mmg betul pun... manusia, selalu lupa. lupa yang segala yang kita ada sekarang adalah sementara dan bukan selamanya kekal milik kita...kadang2, kita selalu berbangga dengan benda yang bukan hak kita pun... bangga anak seorang doktor, anak pegawai tu, pegawai ni, pensyarah tu, pensyarah ni...bangga sedara ngan lawyer, bangga mak sedara ada jet pejuang, bangga anak sedara comel... padahal diorg ada benda2 tu semua bukan dengan usaha korg pun.. saya pun, banyak yang salah nya... maafkan saya...

ok, cukuplah sampai sini je kot... nak sambung main game, kalau ngantuk, nak tidur... nak balik Kelantan, abang long ngan wife dia ada balik Malaysia since Monday aritu.. rindu nak jumpa anak buah, Nazhan... kalau lah ada sesiapa yang nk balik Kelantan, boleh x saya nk tumpang??pleassssssssseeeeeeee!!!!

T_T

No comments:

Post a Comment