Sunday, November 22, 2009

.::ciri2 lelaki idaman::.

Korang ingat x cerita cinderella, sleeping beauty and etc. I mean, cerita2 dongeng yang ada heroin yang cantik dan hero yang bapak ensem and macho.. Its like I've started imagining those kind of things since emmm...since the moment I watched those kind of movies lah...orang kate, angan2 tu penting for real thing to happen...

I'm sure uols pun pernah terfikir benda yang sama dengan I kan.. alaa..ngaku jelah... even though paper exam in just next 2 hours from this second, tetibe je rasa nk menulis ciri2 lelaki idaman yang aku selalu harap2 kan... setiap perkara yang ditulis tidak mempunyai sebarang kaitan dgn yang masih hidup atau pn telah pergi...

1. Prihatin
Aku nak laki yang boleh dengar dengan teliti dan ini bukan bermaksud lelaki yg bertelinga lebar ok.. tak nak yang masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
2. Penawar
Dia mesti rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk dijadikan penawar hati. walaupun sometimes kurang rupa, tidak mengapa.. sebab aku ni senang sangat menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga. So, hati ni amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis dan betul susunan nahunya akan menjadi penawar segala bisa.
3. Kebebasan
Kebebasan tu bukanlah sampai melanggar batas-batas hukum, tetapi berupa hak. Contohnya bila pergi window shopping... biarkan aku pegang, belek, sentuh, angkat dan letak barang2 yg aku suka tanpa bantahan... Kalau da kawen nt, bila berada di dalam kedai perabot, aku berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tokey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.
4. Wangi
Biasalah, fitrah perempuan..dicipta untuk menyukai sesuatu yang bersih dan cantik.. lagi2 nak jalan sebelah aku, xkn nk g tgk wayang dgn org macam pelarian...Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.
5. Sopan
Dalam erti kata yang lain, mereka sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan aku. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk menjaga kesihatan bersama dan kemaslahatan umum seperti mengawal jumlah asap rokok yang disedut sang suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.
6. Beriman
Sumpah, inilah aspek utama yang akan dilihat walaupun kadang2, perbuatan time dating tu macam da xkenal sape2 kt dunia... dan xdilupakan, lelaki itu juga perlu membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya sekadar menjadi driver menghantar anak2 sahaja.
7. Bijak
Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata "TIDAK"... tapi pastikan yang perkara itu, bukanlah aku...
8. Tolak ansur
Yang ni sape2 pn xakan teragak2 untuk memilikinya... jarang lelaki nk buang ego dan tunduk pada kesalahan mereka. biasanya mereka ni datang dari golongan yang idup xjejak tanah... aku akan pastikan lelaki aku itu tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
9. Pemurah
Pemurah kat sini, maksudnya yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan. satu lagi ciri yang aku selalu cari...mungkin lelaki hari ni xpernah dengar 'senyum adalah sebahagian daripada sedekah'... xpe, kalu xdapat pn, nt aku boleh ajar...
10. Sedar diri
Lelaki idaman aku ni jgk perlu sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. bukan hanya beromong kosong macam cerita si luncai dan biri2 nye..eh, betul ke? ape2 jelah...

Aku rasa cukup lah kot ciri2 yang tersenarai ni... lg pn, da nk kena siap2 g exam... wish aku good luck k... oh, sesape yg rase die ada ciri2 yang tercatat kat atas ni, sile lah tinggalkan jejak anda supaya blh dihubungi kemudian hari...

Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan..aku ada terbaca satu laman ni, dan aku dak petik dah pun untuk dijadikan tatapan uols... ianya berbunyi:

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"

No comments:

Post a Comment